Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Gugurkan tuntutan

KOTA KINABALU 10 Jan. – Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.

Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, langkah tersebut perlu untuk keamanan dan kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.

‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.[selanjutnya]

Ekorannya;....
Zaki sokong penuh saranan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia
11th January, 2010
KENINGAU: Naib Ketua Belia Usia Negeri Sabah, Mohd Zaki Laumin, menyokong penuh saranan Presiden Majlis Jaksa Pandamai Malaysia, Datuk Seri Panglima Clarence Malakun supaya rela menggugurkan perkataan Allah, bagi menjaga perasaan masyarakat Islam di negara ini.

“Kita hidup dalam sebuah negara yang paling aman, dan tidak perlu bagi kita untuk terlalu emosi dalam sensitiviti agama,” katanya.

Clarence dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh hampir kesemua akhbar tempatan di negeri ini, dipetik sebagai berkata;  “Orang Kristian sepatutnya faham masyarakat Islam marah kerana perkataan ‘Allah’ telah digunakan di Malaysia sejak azali lagi dan ia juga merujuk kepada Tuhan bagi Islam’.[selanjutnya]

Related;
1. Luahan-pengamal-agama-kristian-mengenai........
2. bravo-Datuk-Clarence-Bongkos-Malakun. 

Friday, July 24, 2009

REDA

Reda Menerima Hukuman Sebat kerana perbuatannya meminum arak.
Read This link:
.

Apakah hukuman meminum arak di dunia ini akan membersikah dia dari hukuman meminum arak di akhirat nanti ?.

Tergerak hati saya melihat wajahnya di dada media. Dia reda dengan sereda-redanya menerima hukuman. Cuma kita yang terfikir bahawa di luar sana masih ramai mereka yang masih menikmati "air kencing syaitan" @ arak. Pergilah ke pub dan puast hiburan. Ramai yang melanggar hukum seperi yang pernah dilanggar model ini. Kenapa mereka masih bebas? Kenapa hukum tidak dikenakan kepada mereka? Apakah hukum hanya dikenakan kepada mereka yang ada di depan mata dan mereka yang di bawah kerdipan spotlight dipersetankan?.

Model ini reda menerima hukum. Malah memohon untuk segera dilaksanakan hukum terhadapnya. Bergenang aimata saya di kelopak membaca pengakuannya dan keredaanya. Di luar sana di Ibu Negara barangkali masih terpampang banner demonstrasi mengenai kematian Teo yang masih dalam tanda tanya. Dibunuh pembunuh upahan atau siapa?Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.Agaknya kaum wanita lebih akur akan kehendak hukum, manakala lelaki lebih gemar lari dari hukuman?.

Lihatlah sekeliling dan bacalah media dan blog. Anda akan dapati sekurang-kurangnya dua individu (M for male) tidak mahu menghadapi keadilan di mahkamah; apatah lagi akur terhadap hukum. Allhuwallam.
.

Friday, July 17, 2009

KEMATIAN: Kenapa ada yang tunjuk Perasaan?

Mereka mogok atas kemati seorang insan.
Kematian seorang Ibu dan seorang bayi dalam kandungan. Kenapa tidak seorangpun yang mogok. Di mana letaknya kemanusiaan?


Thursday, July 16, 2009

Kuota bumiputera ASM dilelong


KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.6 bilion baki unit Amanah Saham Malaysia (ASM) kuota bumiputera yang tidak terjual akan dibuka untuk jualan kepada semua kaum mulai Selasa minggu depan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, jualan itu bagaimanapun akan dihadkan kepada 20,000 unit kepada setiap pemegang akaun dan kuota itu akan dijual sehingga 27 Julai ini. "Selepas tarikh itu, pelabur boleh melanggan unit ASM ini tanpa sebarang had pelaburan maksimum dan ini bergantung kepada unit yang masih ada. Jualan ini berasaskan siapa cepat, dia dapat," katanya pada sidang media khas di sini semalam.

Menurut Hamad Kama Piah, unit berkenaan boleh dilanggan di pejabat cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Pos Malaysia bermula pukul 8 pagi sehingga 4 petang manakala jualan melalui ejen-ejen ASNB seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank akan bermula pukul 9.15 pagi sehingga operasi bank tamat.
KOSMO 16 JULY 2009

Penyebar Agama Kristian, termasuk wargannegara asing, ditahan di UPM

UPM: Di dakwa sering dikunjungi penyebar agama Kristian termasuk orang asing.

Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut. Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian. Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong. Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu. Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka. "Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan."Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.

- MALAYSIAKINI