JAKARTA: Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di negara ini, Noordin Mohd Top mati ditembak dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, awal pagi ini.
Katanya, polis berani mengesahkan bahawa lelaki itu ialah Noordin berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu. "Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah dan berkat di akhir bulan Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohd Top," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Khamis, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.
Katanya, polis terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 telah bekerja keras selama sembilan tahun mengesan dan memburu jejak Noordin dan akhirnya pada awal pagi ini dalam operasi di Solo, berhasil membunuh Noordin dan tiga pengganas lain serta seorang lagi yang cedera ditembak. Bambang juga berkata polis turut menjumpai 200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. BERNAMA
3 comments:
Salam, begitulah akhirnya, bila ilmu tidak dimanfaatkan kearah kesejahteraan manusia.
Penerimaan dakyah songsang untuk memusnahkan nyawa orang yang tidak berdosa, meletakkan diri sendiri adalah lebih sempurna dari manusia lain......
Salam Puteri Senja..
Kita hadiahkan Al-Fatihah kepada alahyarham Nordin M.Top..Sempena Ramadan dan bening Syawal. Biarlah Allah S.W.T sahaja yang menilai dosa dan pahalanya..
Salam Lebaran...
Terima Kasih Yang Gambi dan Tudung Duang. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui atas segala sesuatu samada yang tersembunyi atau terpendam..
Post a Comment