Tuesday, September 1, 2009

Tunjuk perasaan bantah larangan pakai burqa

HYDERABAD: Sekumpulan pelajar Islam di Mehdipatman membantah selepas pengetua sebuah kolej rendah perempuan melarang pelajarnya memakai burqa ke kelas dan menghalang mereka memasuki kawasan kolej.

Bantahan itu bagaimanapun bertukar kepada insiden membaling batu selepas sekumpulan pelajar lelaki dari kolej berjiran dan ibu bapa pelajar perempuan terbabit menyertai mereka. Keadaan hanya terkawal selepas polis dipanggil pengurusan kolej terbabit untuk menyelesaikan perkara itu.

Kejadian itu berlaku sehari selepas sekumpulan pelajar sehari sebelumnya membantah berikutan kegagalan pengurusan kolej terbabit bertindak terhadap satu kes penculikan pelajar perempuan pada minggu sebelumnya.

Pihak pengurusan bagaimanapun mendakwa pelajar berkenaan melarikan diri bersama teman lelakinya tetapi pulang semula ke kolej pada petangnya.

Dalam bantahan mengenai larangan mengenakan burqa pihak pengurusan kolej mendakwa bahawa pemakaian burqa adalah tidak bersesuaian dengan seragam (salwar kameez) yang dikenakan pelajar terbabit.

Keengganan pihak pengetua membenarkan pelajar terbabit memasuki kawasan kolej mencetuskan kemarahan pelajar terbabit.

No comments: