Friday, October 2, 2009

AS labur RM146 juta pastikan keselamatan perairan Sabah


SUBANG 1 Okt. - Amerika Syarikat (AS) telah melabur sebanyak RM146 juta bagi memastikan keselamatan di perairan Sabah sejak beberapa tahun lalu. Duta Besar AS ke Malaysia, James R. Keith berkata, komitmen itu membuktikan negara kuasa besar berkenaan bersungguh-sungguh dalam mempromosi keamanan di peringkat global.

"AS telah melatih 1,400 pegawai dan anggota tentera Malaysia sejak 10 tahun lalu dan melabur sebanyak AS$42 juta (RM146 juta) bagi keselamatan perairan di Sabah," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi memperkenalkan pasukan aerobatik Thunderbirds dari angkatan udara AS sempena Pameran Udara Subang 2009 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar dan ketua pasukan Thunderbirds, Mejar Anthony Mulhare. Menurut kenyataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), AS kini sedang membekalkan beberapa buah radar Inisiatif 1206 secara percuma untuk dipasang secara berperingkat bermula di Bukit Tinagat, Tawau sejak tahun lalu. Selain radar itu, AS juga membekalkan beberapa bot tempur serta aktif menjalankan latihan ketenteraan dengan ATM dari semasa ke semasa.

Kepada satu soalan, Keith menegaskan, kehadiran pasukan tentera AS dalam pelbagai operasi, latihan dan pertunjukan di seluruh dunia adalah bagi mempromosikan 'nilai-nilai Amerika' yang cintakan keamanan. "Ia bukannya untuk menunjukkan kami kuasa dunia atau bersifat unilateral dalam tindak-tanduk kami seperti yang anda katakan," jelasnya. Kata beliau, penglibatan ketenteraan AS dalam sebarang aktiviti di sini adalah bagi memastikan kegiatan ekonomi terus berjalan lancar tanpa ancaman pengganas dan lanun.

Selain itu jelasnya, kehadiran armada-armada negara itu juga membuktikan keakraban hubungan dua hala dengan negara-negara yang dilawati. Dalam pada itu Bashir memberitahu, Pertunjukan Udara Subang 2009 pada Sabtu ini mengambil masa kira-kira empat jam bermula pukul 9 pagi. "Pertunjukan udara secara percuma ini melibatkan lapan pesawat F-16C Thunderbirds dan tiga pesawat tempur paling moden yang berada dalam inventori TUDM iaitu SU-30MKM Sukhoi," katanya.

Tambahnya, dua pesawat Thunderbirds turut melakukan penerbangan di sekeliling menara berkembar Petronas di ibu negara dari Subang bagi tujuan latihan dan menghiburkan orang ramai. Bashir turut mengesahkan kehadiran pesawat pengebom B-52 milik AS pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 pada Disember ini.

3 comments:

Ibnu Ramlee said...

Salam Senja, apakah agaknya pada masa depan strategi yang akan di rancang oleh AS

PUTERI SENJA said...

ASKM dan Terima kasih Ibnu..
Saya teringat kata Hilary Clinton, SU Negara Amerika.. katanya lebih kurang "...the people we are fighting now, we financed them before...." merujuk kepada pejuang Taliban dan Pakistan yang USA perangi kini atas nama Terrorisma. Dulu mereka bantu dengan senjata dan kewangan untuk menghadapi tentera Russia bagi menghalang pengaruh Russia di Afghanistan dan Pakistan. Kini menjadi musuh mereka. Kita kena awas dengan muslihat Amerika..

watasikadi said...

kalau beginilah keadaannya mesti pakistan dari sungai sibuga tu sudah dapat habuan dari US jadi pasni dia tuduhlah DSAI jual kita dengan US. padahal dialah yang jual kita tempat US.. tidak buli diharap ni pakistan dari sungai sibuga tu. PRU13 kita tukarlah dia.