Sunday, August 16, 2009

Menteri Dikritik Keluar Majlis Kahwin

Menteri Alam Sekitar, Pertanian dan Makanan, Jim Fitzpatrick dikritik kerana keluar majlis kahwin
LONDON: Seorang menteri dituduh berkelakuan buruk dan tidak wajar dengan berjalan keluar dari majlis perkahwinan Islam di London selepas diminta duduk berasingan dengan isterinya. Menteri Alam Sekitar, Pertanian dan Makanan, Jim Fitzpatrick, meninggalkan majlis perkahwinan di Pusat Islam London, yang dikendalikan masjid London Timur di Whitechapel selepas dimaklumkan tetamu lelaki dan wanita diasingkan. Fitzpatrick berkata, adalah pelik beliau tidak boleh duduk bersama isterinya, Sheila pada majlis itu.
.
“Kami menghadiri majlis perkahwinan (Islam) bersama selama beberapa tahun, tetapi hanya baru-baru ini garis panduan ketat dibuat. Kami meninggalkan majlis supaya tidak mencetuskan kemarahan,” katanya. Bagaimanapun, Majlis Islam Britain (MBC) menyifatkan menteri itu menjadikan perkara peribadi keluarga sebagai isu politik. - Agensi

1 comment:

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak