Thursday, July 16, 2009

Kuota bumiputera ASM dilelong


KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.6 bilion baki unit Amanah Saham Malaysia (ASM) kuota bumiputera yang tidak terjual akan dibuka untuk jualan kepada semua kaum mulai Selasa minggu depan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, jualan itu bagaimanapun akan dihadkan kepada 20,000 unit kepada setiap pemegang akaun dan kuota itu akan dijual sehingga 27 Julai ini. "Selepas tarikh itu, pelabur boleh melanggan unit ASM ini tanpa sebarang had pelaburan maksimum dan ini bergantung kepada unit yang masih ada. Jualan ini berasaskan siapa cepat, dia dapat," katanya pada sidang media khas di sini semalam.

Menurut Hamad Kama Piah, unit berkenaan boleh dilanggan di pejabat cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Pos Malaysia bermula pukul 8 pagi sehingga 4 petang manakala jualan melalui ejen-ejen ASNB seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank akan bermula pukul 9.15 pagi sehingga operasi bank tamat.
KOSMO 16 JULY 2009

No comments: